Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Yong Tau Fu dgn Sos Pencicah Steamboat


Makan2 tengahari tadi.. bila banyak merayau2 ke blog kaki masak.. inilah akibatnye.. makan..makan..makan... semua rasa nak buat.. masuk list.. kuar list.. masuk list menu yg lain pulak.. yg tak kuar list pun ada...

Terjumpa resepi sos ni di MYR.. komen peminat .. sos ni ala2 johnny.. wah kelam kabut lah akak kau mencari minyak bijan.. hihihi.. mmg tak prnh ada di rmh si minyak bijan nih.. bila teruja nak makan mmg bersemgt sojar.. terbongkok2 kami berdua.. sapa tuh.. hihihi.. menyelongkar si minyak bijan.. TQ anawahid coz melayan akak.. terserempak di care 4 tadi.. walaupun se bandar tapi jarang kami dpt berjumpa... hilang rindu pada dia..
dah lahhh...

BAHAN2 - Resepi oleh sunkist ( Steamboat Istimewa)(Terima kasih sunkist n MYR)
6 biji cili merah - dimesin ... tak da cili merah pulak .. huuuu.. ijau jer
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu minyak bijan
3 sudu besar sos ikan
cuka makan
air
gula
Tambah sendiri .. bijan goreng tanpa minyak
daun ketumbar- hiris ...

rasa .. mmg ada iras2 johnny.. tak tau mana yg kurang ... but boleh diperbaiki lagi next time..

Saturday, July 11, 2009

Honey Prawns

Menu semalam jugak.. kebanyakan blogger kaki msk dah mencuba.. mmg class n jempooollllll... rspi oleh dayang.. tq dayang berkongsi rspi..

Bahan-bahan
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing) -
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*-
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)-
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat


Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan
.

Sup Yong Tau Fu...

Menu semalam..Jumaat...Yong Tau Fu berkuah... sambal cam hari tuh punya..jempollll

Friday, July 3, 2009

Yong Tau Fu

Projek balik sekolah hr ini.. dah lama teringin nak mkn n nak buat sendiri ..sejak terpandang di dapur hana jepun dulu2..resepi oleh minami di MYR... mmg sedapp kuah yong tau fu nih n tak susah untuk myediakannyer.. resepi CP dr MYR .. tTQ minami n MYR...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto


Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
2. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
3. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
5. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin